Setiap wanita mengimpikan kecantikan
dan kesihatan yang baik, namun apabila usia meningkat, pelbagai masalah
akan muncul dan ianya pasti tidak sama ketika zaman anak dara.
Apabila umur sudah memasuki 30an, kelembapan kulit akan semakin
kurang, oleh itu penggunaan krim sangat diperlukan. Gunalah pelembap
yang sesuai dengan kulit dan tidak semesti sesuatu produk yang mahal itu
bagus tetapi yang sebaiknya carilah produk yang sesuai untuk kulit
anda.
Amalkan pemakanan seimbang seperti makanan berserat tinggi seperti
sayur-sayuran, buah-buahan dan jauhi daripada makanan berlemak dan
makanan ringan kerana secara tidak langsung ia dapat melambatkan proses penuaan.
angan biarkan muka anda banyak terdedah kepada pancaran cahaya
matahari dalam tempoh masa yang lama. Pendedahan yang lama bukan saja
akan mehitamkan kulit malah ianya juga akan mengurangkan kelembapan dan
seterusnya menyebabkan kepada kekeringan.
Selain itu, bersenam juga mampu meningkatkan stamina dan mencantikkan
tubuh badan. Sekurang-kurangya lakukan senaman 3 kali seminggu untuk
mengekalkan tubuh badan yang sihat dan langsing.
Wanita yang positif, ceria, dan selalu sentiasa tersenyum akan
membuatkan anda kelihatan awet muda dan mudah didekati malah juga mampu
menambahkan keyakinan diri di samping dapat mengelakkan tekanan.
Pastikan minum banyak air kerana air adalah aset yang penting untuk
kesihatan tubuh badan terutamanya pada kulit muka. Air juga adalah
penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksik dalam tubuh
badan.
Pengambilan vitamin amatlah digalakkan untuk wanita 30an kerana
kesibukan waktu kerja di pejabat mahupun rumah akan menyebabkan
kepenatan serta kelesuan tubuh badan jadi dengan pengambilan vitamin,
kesihatan anda akan lebih terjaga.
Itulah serba sedikit antara petua kesihatan untuk wanita 30an amalkan
untuk sentiasa kelihatan muda dan cantik. Selamat mencuba!!