5 Tip memilih pakaian!
“Wah, cantiknya baju tuh ! nak beli lah. Muat tak muat
belakang kira janji aku dapatkan dia dulu!”
Pernahkah kamu berada seperti situasi di atas ?
Membeli tanpa berfikir panjang ! Jaga-jaga takut di kesudahannya kamu menyesal
kerana berhabis duit demi sehelai pakaian yang kamu sendiri tidak puas hati.
Jom pelajari 5 pekara yang seharusnya kamu titik beratkan ketika memilih
pakaian.
1. Saiz yang betul
Sebaiknya sebelum kamu membeli pakaian, apa kata kamu
cuba dahulu. Kerana tidak semua baju yang cantik selesa untuk di pakai. Jadi,
sebelum membazir apa kata kamu pastikan dahulu adakah ia berbaloi untu di beli
atau sebaliknya.
2. Rona warna yang sesuai
Pemilihan warna juga penting. Kamu perlu berfikir
sejenak adakah baju yang cantik ini warnanya sesuai dengan warna kulitmu ?
adakah warna itu boleh dipadankan dengan kasut-kasut kamu yang lain. Adakah ia
sesuai dengan warna tudung mu dan sebagainya.
3. Teliti jenis kain
Jika kamu seorang yang kuat berpeluh, seeloknya kamu
lihat dan teliti betul-betul kualiti dan jenis kain baju yang ingin kamu beli
itu. Adakah ia jenis kain yang serap peluh atau sebaliknya. Bukan apa
takut-takut2 jenis kain itu tidak sesuai dengan mu dan akan menyebabkan bau
badan yang kuat. Jadi nanti sia-sia sahaja kamu berlawa-lawa sekali berbau pula!
4. Pastikan baju tidak berlubang atau koyak!
Jaga-jaga! Adakalanya malang tidak berbau. Siapa yang
akan perasan kalau baju atau seluar yang kamu beli itu berlubang atau terkoyak
? Jadi, pastikan betul-betul adakah pakaian itu dalam keadaan sempurna atau
sebaliknya nanti tak pasal kamu perlu ke kedai itu semula untuk kali ke dua!
5. Pastikan zip berfungsi dengan betul
Selain daripada memastikan baju atau seluar itu tidak
berlubang atau terkoyak. Kamu juga harus memastikan adakah zip (jika ada) ia
berfungsi dengan betul atau tidak. Mana tahu sedang kamu berbangga dengan baju
baru ada pula insiden yang memalukan berlaku.
Dh aktif blk blog ni,so keep it up..plenty of useful information able to share..gud job, 2 thumbs up
ReplyDeleteHehehe....tkasih bnyak :)
ReplyDelete