Salam korang
Hari ni nak kongsi cara memilih warna gincu yang sesuai dgn kulit muka anda
Bibir menjadi titik fokus terutama ketika berbicara. Malah bahagian
tubuh wanita ini dikatakan mempunyai daya tarikan yang begitu tinggi.
Jadi amat penting untuk wanita menjaga kesihatan dan kecantikan bibir.
Selain melakukan perawatan dan mengamalkan petua tradisional, wanita
juga perlu tahu teknik solekan yang betul agar bibir tampil sempurna.
Rona-rona tanah membuatkan anda tampil natural namun tetap menawan.
Sentuhan gincu rangkaian warna coklat kini menjadi kegilaan wanita,
sayangnya ramai yang membuat pilihan yang salah. MW berkongsi panduan
memilih rona coklat yang tepat mengikut jenis kulit anda. Sentuhan
coklat pada wajah pasti membuatkan anda lebih menawan!
1. Kulit cerah
Coklat muda dengan sedikit rona merah jambu segar untuk penampilan yang ceria.
Bagi yang mahu tampil natural, pilih warna coklat jernih (honey). Rona
coklat tua pula membuatkan anda tampak matang dan menyerlah.
2. Sawo matang
Agar warna kulit lebih menonjol, pilih coklat tua. Coklat kopi memberi
kesan eksotik manakala coklat karamel untuk penampilan natural.
3. Kuning langsat
Warna coklat kemerahan memberi impak yang menyegarkan. Merah hati pula
untuk penampilan dewasa. Bagi yang mahu tampil menggoda, gabungkan rona
coklat dengan sedikit merah (plum).
4. Kulit gelap
Rangkaian rona coklat amat sesuai untuk wanita yang berkulit gelap.
Anda boleh bereksperimen dengan warna coklat gelap dengan sentuhan
sedikit merah atau rona coklat muda.
Selepas ini, anda bolehlah cari gincu yang sesuai ikut warna kulit masing-masing! Selamat memilih!
|
No comments:
Post a Comment